TENTANG OH MY ENGLISH! AFTER SCHOOL

TENTANG OH MY ENGLISH! AFTER SCHOOL

Setelah menamatkan persekolahan di peringkat SPM di SMK Ayer Dalam, See Yew Soon telah diculik oleh lelaki misteri bergelar Mr A. Dia inginkan See Yew Soon menguruskan perniagaan makanannya. Disebabkan See Yew Soon bercita-cita untuk menjadi usahawan berjaya, dia telah menerima tawaran tersebut bersama teman karibnya Zack dan Jibam. Ketiga-tiga sahabat ini begitu ghairah menjalankan perniagaan yang penuh cabaran dengan membuka kafé bernama “After School Café”. Kemudian kumpulan ini disertai pekerja sambilan bernama Amelia dan Mia – jam tangan pintar yang bersuara wanita. Di samping membetulkan bahasa Inggeris mereka , dia juga memberikan bantuan menjalankan perniagaan baharu. Adakah perusahaan kafé yang dijalankan oleh mereka yang tidak berpengetahuan dan berpengalaman ini mampu menggegarkan masyarakat setempat?

Oh My English! After School 13 Episod, setiap hari Ahad, 6.30pm, bermula dari 31 Julai 2016, di Astro TVIQ (saluran 610) dan Maya HD (saluran 135).

Top