Impian Seni

Episode:

Mereka bertiga berasa selesa dan leka apabila kafé mereka bertambah maju. Masing-masing pula diuji tentang kepentingan sendiri untuk membuat keputusan sama ada untuk terus menceburi bidang yang diimpikan selama ini atau sebaliknya dan membiarkan See Yew Soon mengurus kafé ini sendirian. Seorang pelanggan yang kebetulannya seorang pencari bakat baharu menawarkan Zack membuat rakaman setelah mendapati Zack boleh “rap”. Ini membuatkan Zack serba salah memilih antara memenuhi impiannya sebagai orang seni atau terus menolong mengembangkan perniagaan kafé bersama kawan-kawan. Dalam pada itu, semasa ketiadaan Jibam, mereka mendapati pembantu tukang memasak tidak tahu memasak!

Penampilan istimewa Altimet

Top